Monday, January 27, 2014

Hijrah dan azam yg tak sudah..

Setahun satu entry.. 

apa punya malas la ini owner...hahah..
macam2 selalu cakap bukan malas tapi tak punya masa... :P

ohh mungkin tak terlewat saya nak ucapkan selamat tahun baru 2014.. mulakan dengan azam yang baru. reset semula azam2 anda yang tak tercapai dulu ok..



kalau ikutkan banyak azam saya yang tak tercapai.. berusalah wahai diri..
Alhamdulillah ada penghijrahan dalam diri ini.. doakan saya terus istiqamah hendaknya..



Monday, June 3, 2013

Cerita Lama yang baru Nak diceritakan..

Assalamualaikum.. :)

sadis sungguh tengok belog ini.. :P
Maafkan saya ya, tuan kamu ni betul2 punya malas nak mengupdate.. cerita banyak, masa pulak yang kurang.. so apa boleh buat, berabuk la kamu wahai belog...

Jun 2013 baru tersedaq diri yang saya pernah ada blog.. haha lupa daratan kot..:)

buat review setahun boleh?? hahah :P

macam2 nak distorykan.. tapi highlight yg utama dulu la..

family kecik saya dah bekembang, dengan kehadiran my 2nd daughter.. Damia Nur Ariana
Kelahiran yang dinanti2 oleh kami semua.. Thank You Allah..
Of coze kakak Dania adalah orang yang paling2 happy.. :)

Damia sedikit montel berbanding kakak Damia.. 


Family besar saya bertambah2 besar, saya dah dinakkan pangkat menjadi Mak Long.. 
Nur Nuha Insyirah, my nice dan merupakan second cucu dalam family besar saya.. 
Anak ayah sejati.. she photocopy dari ayahnya.. Nuha yg sangat cute ini kat Glasgow sekarang.. huhu..

Nuha

Family En. Suami juga menerima kelahiran cucu baru .. Ammar Hakimi.Lahir tahun yg sama dengan Nuha.. 2012. The Only one cucu lelaki buat masa sekarang. Dan terbaru dapat cucu sorang lagi.. Irdina Sofia.. (x da pic) 


Ammar

Ramai kan cucu2.. so Kakak dania akan mengetuai cucu2 for both side.. haha..

emm cerita kakak dania, she is 5 now.. dah pergi school dah. Enjoy sangat dengan school sampai tanya, kenapa perlu cuti sekolah ibu? oohh anak, bangganya ibu dengan soalan kamu.. kamu memang x suka cuti kan..kan.. hahah

kakak dania

Dah jadi kakak, macam2 la kan.. memang perlu semangat yang jitu dan kesabaran yang tinggi ok.. she is big now.. so macam2 karenah.. attention nak lebih, x boleh kurang..huhu..


my big girl







Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban




Assalamualaikum...


Malam ni, selepas azan Maghrib adalah malam Nisfu Syaaban...apa yang dimaksudkan dengan malam Nisfu Syaaban?


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a 


Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” 
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

marilah sama-samalah kita mengamalkannya (^____^)


sumber dipetik dari : hikmah.org.my

Sunday, May 20, 2012

Art Class

Semenjak dua menjak ni, dania kerap menunjukkan bakat seninya... Alhamdulillah, nampak ok.. dan dia suka sangat drawing, siap cakap nak jadi pelukis la pulok.. haha 
bakat seni dania mungkin dari ayahnya yang sememangnya "seni man" bukan dari ibunya yer.. 

saya memang tak kreatif dan tak berseni ponnnn..
nasib la zaman sekolah dulu, saya tak kena ambil aliran art..kalau tak, mau nangeh berjujuran la gamaknya... serius, nak lukis orang pun tak berapa nak jadi orang...hahaha

sebenarnya, hajat nak hantar dania ke art class dah lama, cuma masa tak mengizinkan... dah lama perap contact no, last2 hilang...
so dengan bantuan kawan en.suami melalui fbnya, kami dapat semula contact numbernya.. art-venturekids... class will be on friday night.. hope dania enjoy the class.. :)


ni project dania untuk second day.. ok la, ada kemajuan... masa 1st class dulu, tak bagi ibu & ayah keluar dari class.. hari kedua ni, kira sempat la kami pegi makan... tapi 1/2 jam terakhir dia sentap jugak... nasib la ada sedara teacher turun cari kami kat bawah... kalau tidakkk.. tentu ada drama..hahah


dalam kelas, 2 orang teachers...


dalam kelas lagi..


dan lagi...


hasilnya... 


tada...



pink elephant by dania


diminit2 akhir sebelum balik, sempat la jugak melukis... :)
bila naik ja atas kereta, muka senyummmm panjang... serok katanya, bila tanya kenapa nangeh, dia tak cakap... tapi bila tanya nak pi lagi tak art class, hangguk tak mau-mau... hai la dania, macam2 kamu ni ya... takpa, ibu akan teman kamu selagi kamu suka yer nak... :P