Monday, January 27, 2014

Hijrah dan azam yg tak sudah..

Setahun satu entry.. 

apa punya malas la ini owner...hahah..
macam2 selalu cakap bukan malas tapi tak punya masa... :P

ohh mungkin tak terlewat saya nak ucapkan selamat tahun baru 2014.. mulakan dengan azam yang baru. reset semula azam2 anda yang tak tercapai dulu ok..



kalau ikutkan banyak azam saya yang tak tercapai.. berusalah wahai diri..
Alhamdulillah ada penghijrahan dalam diri ini.. doakan saya terus istiqamah hendaknya..



Monday, June 3, 2013

Cerita Lama yang baru Nak diceritakan..

Assalamualaikum.. :)

sadis sungguh tengok belog ini.. :P
Maafkan saya ya, tuan kamu ni betul2 punya malas nak mengupdate.. cerita banyak, masa pulak yang kurang.. so apa boleh buat, berabuk la kamu wahai belog...

Jun 2013 baru tersedaq diri yang saya pernah ada blog.. haha lupa daratan kot..:)

buat review setahun boleh?? hahah :P

macam2 nak distorykan.. tapi highlight yg utama dulu la..

family kecik saya dah bekembang, dengan kehadiran my 2nd daughter.. Damia Nur Ariana
Kelahiran yang dinanti2 oleh kami semua.. Thank You Allah..
Of coze kakak Dania adalah orang yang paling2 happy.. :)

Damia sedikit montel berbanding kakak Damia.. 


Family besar saya bertambah2 besar, saya dah dinakkan pangkat menjadi Mak Long.. 
Nur Nuha Insyirah, my nice dan merupakan second cucu dalam family besar saya.. 
Anak ayah sejati.. she photocopy dari ayahnya.. Nuha yg sangat cute ini kat Glasgow sekarang.. huhu..

Nuha

Family En. Suami juga menerima kelahiran cucu baru .. Ammar Hakimi.Lahir tahun yg sama dengan Nuha.. 2012. The Only one cucu lelaki buat masa sekarang. Dan terbaru dapat cucu sorang lagi.. Irdina Sofia.. (x da pic) 


Ammar

Ramai kan cucu2.. so Kakak dania akan mengetuai cucu2 for both side.. haha..

emm cerita kakak dania, she is 5 now.. dah pergi school dah. Enjoy sangat dengan school sampai tanya, kenapa perlu cuti sekolah ibu? oohh anak, bangganya ibu dengan soalan kamu.. kamu memang x suka cuti kan..kan.. hahah

kakak dania

Dah jadi kakak, macam2 la kan.. memang perlu semangat yang jitu dan kesabaran yang tinggi ok.. she is big now.. so macam2 karenah.. attention nak lebih, x boleh kurang..huhu..


my big girl







Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban




Assalamualaikum...


Malam ni, selepas azan Maghrib adalah malam Nisfu Syaaban...apa yang dimaksudkan dengan malam Nisfu Syaaban?


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a 


“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” 
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

marilah sama-samalah kita mengamalkannya (^____^)


sumber dipetik dari : hikmah.org.my

Sunday, May 20, 2012

Art Class

Semenjak dua menjak ni, dania kerap menunjukkan bakat seninya... Alhamdulillah, nampak ok.. dan dia suka sangat drawing, siap cakap nak jadi pelukis la pulok.. haha 
bakat seni dania mungkin dari ayahnya yang sememangnya "seni man" bukan dari ibunya yer.. 

saya memang tak kreatif dan tak berseni ponnnn..
nasib la zaman sekolah dulu, saya tak kena ambil aliran art..kalau tak, mau nangeh berjujuran la gamaknya... serius, nak lukis orang pun tak berapa nak jadi orang...hahaha

sebenarnya, hajat nak hantar dania ke art class dah lama, cuma masa tak mengizinkan... dah lama perap contact no, last2 hilang...
so dengan bantuan kawan en.suami melalui fbnya, kami dapat semula contact numbernya.. art-venturekids... class will be on friday night.. hope dania enjoy the class.. :)


ni project dania untuk second day.. ok la, ada kemajuan... masa 1st class dulu, tak bagi ibu & ayah keluar dari class.. hari kedua ni, kira sempat la kami pegi makan... tapi 1/2 jam terakhir dia sentap jugak... nasib la ada sedara teacher turun cari kami kat bawah... kalau tidakkk.. tentu ada drama..hahah


dalam kelas, 2 orang teachers...


dalam kelas lagi..


dan lagi...


hasilnya... 


tada...



pink elephant by dania


diminit2 akhir sebelum balik, sempat la jugak melukis... :)
bila naik ja atas kereta, muka senyummmm panjang... serok katanya, bila tanya kenapa nangeh, dia tak cakap... tapi bila tanya nak pi lagi tak art class, hangguk tak mau-mau... hai la dania, macam2 kamu ni ya... takpa, ibu akan teman kamu selagi kamu suka yer nak... :P






Wednesday, May 16, 2012

Happy Teachers Day...

Selamat Hari Guru...

16 Mei 2012
adalah hari guru a.k.a teachers day sedunia...
kepada yang bergelar pendidik, terima kasih saya ucapkan....
jasa kalian pada saya sangat besar nilainya...

ucapan ini teristimewa kepada adik saya, En. Akmal..meskipun beliau bukanlah seorang cikgu sekolah, beliau tetap seorang pendidik.. family kita bangga dengan kamu tau! the one yg jadi pendidik in family.. :) 

tak lupa juga kepada adik2 ipar saya... selamat hari guru, dan bersabarlah menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik


:)
 

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu Mak...

Ibu...
Ibu... 
Engkaulah Ratu Hatiku
Bila Ku Berduka
Enkau Hiburkan Selalu
Ibu...
Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku..


Boleh dikatakan semua orang pasti tau macam mana nak mendendangkan bait2 lagu ni kan.. yala, kat iklan pon ada.. 
dulu, saya nyanyikan untuk mak saya.. sekarang giliran anak saya nyanyikan untuk saya..ohh sungguh syahdu bila dikenangkan...


Tahun ni, hari ibu adalah pada 13 Mei 2012.. 
seluruh dunia akan meraikan hari ibu..ini bukan bermakna hari ibu adalah hanya sehari untuk dikenang, sebenarnya hari-hari2 adalah hari ibu...
ibu, tak pernah kenal erti letih untuk bekerja meskipun kerja dipejabat mahupun dirumah... 


Bersempena hari ibu pada hari ini, saya ingin tujukan lagu teristimewa ini buat mak saya Hj.Asmah Mohd Ismail.. semoga mak diberi kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rahmat oleh NYA.. Kami 5 beradik termasuk menantu2 dan cucu sangat sayangkan mak... 


Lagu ini juga ditujukan kepada Ibu mertua saya Pn.Aminah Md.Saad.... Mak adalah MIL yang terbaik dan sangat memahami anak2 dan menantu.. tq mak





Thursday, May 3, 2012

Saja-saja

Suka sangat dengan gambo ini..sebab semua orang nampak ceria sahaja.. hakikatnya semua sudah keletihan kerana bekerja... 


 (^_____^)


..oren..

Wednesday, April 25, 2012

Dania menang

Alhamdulillah... rezeki dania


Last two week, ada register nama dania untuk contest photogenic anjuran Mydin Hypermaket, Alor Setar.. Tq tok ama sebab tolong hantar gambar dania & tq to angah apit sebab tolong cucikan gambar.. 


Sabtu yang macam2 aktiviti, dapat panggilan telefon jam 3pm, mintak kami datang ke Mydin Hypermaket, Taman Saga Alor Setar jam 5pm.. nasib la lokasi tak jauh dan keadaan jalan yg tak sesak. maka kami sempat sampai.. 2 minit lepas tu acara pun bermula..


Ada 2 kategori yang dipertandingkan, kategori 1: newborn- 2 years, kategori 2: 3 - 6 years
so acara penyampaian hadiah pun berlangsung, mula dengan aktegori 2, berdebar2 jugak menanti keputusan.. tak sangka dania nak dapat 1st prize.. Alhamdulillah...  tok & wan turut menemani cucu pada hari tersebut..hehe
Dania sangat teruja.. bila nama diumukan, terus pergi ambik hadiah..hahah
tq pengajur Mydin Hypermaket Alor Setar.


muka happy

Bowling PadanG (Lawn Ball )

Lawn bowls adalah satu permainan yang seakan-akan sukan boling. Perbezaannya ialah tenpin boling tujuannya menjatuhkan 10 pin yang telah disediakan diatas lane atau lorong. Lawn bowls pula sasarannya ialah untuk mendekatkan bowls yang dileretkan kepada sebiji bola putih yang dinamakan "jack".



 panas yang terik, tapi nampak tenang... 



Saya diperkenalkan dengan sukan ini pada tahun 2004 lagi.. memula nak main, memang very the jakun la.. haha.. tak reti langsung, kesian kawan2 seperjuang saya yang bersusah payah mengajar saya.. tq yer coach2.. kalau tak kerana diorang, sampai sekarang saya tak pandai nak main..
nak kata terror tu tak la, tetapi setakat nak main tu boleh la.. sebenarnya semenjak terjebak dengan Lawn Ball ni, saya terus jatuh chinta sama ini game.. even saya tau yang sukan ini terpaksa berpanas dan terbakar (sun bern).


*__^

Ingat lagi, saya terpilih untuk mewakili agensi bagi sukan diperingkat kementerian kategori pasukan wanita, bertukus lumus turun praktis, saban hari.. dah la perjalan ke tempat latihan 1jam..huhu, kalau dikenangkan, memang tak sanggup.. tapi waktu tu saya masih berstatus tunang orang, tiada komitmen pada family macam sekarang..


kira ok la, 1st time masuk tournament, dapat tempat ke 5 dari 13 agensi.. dapat la hadiah sebiji mug..hahah. takpa, janji ada tempat... :) teruk jugak la nak neutralkan kembali kulit yang dah bertukar warna, hujung tahun tu nak kawen..haha. 


dan sehingga sekarang pun saya masih suka dengan ini game, sabtu yg lalu saya main kembali bagi mewaliki rumah sukan jabatan saya.. Alhamdulillah, perpaduan antara pasukan, dapat la naib johan.. :) semangat nak main game ni membuatkan saya terbeli kasut baru..hehe 


special thanks to: en.suami kerana sokongan padu yang diberikan.. en.suami pesan,"jangan bawak balik mug sudah yer"..hahah.. tak berani nak mengadu lenguh kaki, takut kena bising nanti.. :P


penyokong no 1







Gelongsoq Batu

Zaman kanak-kanak dulu, selalu juga main slide batu ni.. 
masa tu memang tak hengat la punya dok longsoq... tapi sekarang dah jadi mak budak, rasa gayat semacam ja.. haha..sebenarnya dah lama teringin nak naik benda alah ni..

kebetulan aritu adalah hari "kemenangan"..hehe, maka kemenangan itu diraikan dengan bermain gelongsoq batu..lokasi : Taman Rimba, Alor Setar.. tengah hari buta, mana ada orang nak main, melainkan kami 3 beranak ja..haha.. seronok wooo... 
walaupun licin sangat+gayat.. tetapi gigih nak naik.. heheh


bejaya naik & bejaya turun ok... ;p





Sunday, April 15, 2012

Ekspedisi Gunung Jerai

Gunung Jerai


juga dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. 3,992 kaki


kalau anda sampai ke kedah, gunung jerai akan jadi penanda kerana kedudukannya yang tinggi. Sunggu indah ciptaan Allah ini.


saya dah 3 kali sampai ke sini. 2 kali naik menggunakan perkhidmatan van dan kali ni saya naik dengan cara mendaki..weeeiiiieee... :)
kalau ada yang teringin nak naik van, perkhidmatan van ada disediakan dikaki gunung jerai dengan bayaran RM7-10 perhead untuk tambang naik dan turun. 



kami memulakan pendakian pada jam 9.30 pagi dengan kekuatan seramai +-320orang pendaki.. tapi saya tak pasti berapa jumlah sebenar pendaki yang betul2 telah berjaya menamatkan pendakian tanpa menumpang mana2 kenderaan yang ada..hahah.. 
untuk makluman, saya dan kawan2 ada juga disemawa iaitu dioffer untuk mendapatkan perkhidmatan ini. tetapi akibat kegigihan kami, kami tak endahkan segala ajakan dan pelawaan yang dioffer... :P





4km to gooooooo.. banyak tu.. 




 berhenti rehat.. sambil minum air.. 



 proud to says la kan, kami adalah antara barisan starf yang meneruskan pendaki walaupun ketiga2 wanita diatas adalah golongan ibu2 dan dua jejaka yang sedang memasuki usia emas... :)




 wajah kegembiraan... 



 gembira lagi....


hutan lipur



tamat sudah... yeay berjaya

Alhamdulillah....
macam tak percaya... dalam usia yang menjengah 3series ni saya berjaya menamatkan pendakian sejauh 8km dengan berjalan kaki!! yeayyyy... (*lompat bintang *) terasa macam dapat 11A untuk SPM.. sangat bangga dengan diri sendiri.. 


walaupun terasa sangat letih dan sakit kaki... tapi malam tu saya tidur sambil tersenyum.. tq en.suami atas sokongan anda.. :) (sebab en.suami tak bising2 bila saya mengadu sakit kaki..hehe)

Thursday, March 29, 2012

Gambar Passport

Dah lama rasanya tak ambil gambar di kedai @ studio gambar (gambar passport) ... lebih kurang 9 tahun rasanya... hahaha bukan alah kepada kedai yer, tapi saya rasa nak mentain jer dengan gambar yang sedia ada..


nak kata gambar lama tu cantik tak la, suweeet ada la kot...hahah.. berkat letak gambar yg suweet tu la saya dipanggil kerja untuk temuduga..hahahha..perasan.. ;p


teruja betul bila sampai kat kedai gambar tu, macam tak pernah pulak ambik gambar..dan lebih teruja adalalah dania.. comel sangat bila tengok gelagat dia.. terlentok2..haha nasib baik la si jurugambar tu very the baik person.. siap bagi kami tengok2 lagi hasil gambar.


 aski dania



ibu pulak.. :)


5 minit ambik gambo, siap... 4 keping cukup. nak tambah cuci lagi.. ;p







Tuesday, March 20, 2012

Ibu yang gumbira...

Pada petang 12 Mac 2012 hari isnin


selepas seharian penat bekerja, ambik dania dari nursey, pulang kerumah..


ibu : dania ibu nak sapu kat luaq ni, dania masuk dalam dulu tau
dania : okey..


maka si ibu pun menyapu la depan laman rumah.. dalam hati terdetik juga, aiii si kecik ni buat apa, senyap ja... pastu si ibu terus menyapu dengan pantas sehingga selesai..
masuk la si ibu ke dalam rumah..


dania : ibu, tengok ni..
ibu : Dengan senyuman panjang ^______________^  Alhamdulillah.. pandai anak ibu 
(terus peluk anak) dan snap pic ni hehe ... :)




tulis dania tetap cantik di mata ibu :)

tersenyum panjang ibu dengan pencapaian dania.. Terima Kasih Ya Allah...
terasa penat dan letih hari itu hilang... :)


tq dania for make ibu smile.. 



Sunday, March 18, 2012

Ruang Solat....

Assalamualaikum…

Tamat sudah musim choooti sekolah..dan adik2 haruslah kembalik ke sekolah yer… dan semasa cuti sekolah yang lalu, dimana2 saja orang ramai.. kat RnR la, kat taman kanak2 la, kat supermarket la, kat pasar malam la, kat pekan hari (pekan nat) dan macam2 temap lagi la… yalakan, aktiviti cuti2 macam ni la paling sesuai untuk diambil peluang..betul tak..:)

Ok la, just nak cerita.. saya ni boleh dikategorikan orang yang suka bergerak2 la kan (ayat baik untuk menggantikan perkataan berjalan2) dan tak terlepas la dari dok memanjat tangga2 supermarket. Tak beli apa pun, saja suka window shopping..huhu dan bila tiba waktu solat, kenalah solatkan.. so mencarilah kita temapt yang sepatutnya dituju…

Ok, bebalik kepada tajuk cerita, kebiasaanya ruang solat untuk mall2 yang besar2 memang ada dan lengkap dengan kemudah. Boleh dikatan selesa untuk kita melakukan ibadah walaupun orang penuh.Contohnya Supermarket Jusco dan Tesco.

 surau tesco : mr.google

Berbanding dengan mall yang kecik2 ni.. saya pernah bersolat ditempat yang ruangnya sangat kecil, sudahla tu pemisah antara lelaki dan perempuan hanyalah kain tirai yang lusuh. sedih kalau dikenangkan. Pihak pengurusan mall tersebut tidak peka tentang pelanggan2nya yang rata2 terdiri daripada orang islam.. :( 

Saya sangat selesa untuk bersolat di RnR. Event mana2 RnR yang saya singgah pun. Rasa selesa terutamanya untuk warga emas.


ohh nak cerita la, kepada sesiapa yang datang ke bandaraya Alor Setar, berada di City Plaza Mall atau kawasan sekitar pekan Alor Setaq jangan risau keranaaaa bersebelahan tempat shopping tu, ada tempat solat yang sangat selesa dan dikenali sebagai Pusat Dakwah. Silalah bertandang kesana yer...


yang bewarna kuning itu adalah Pusat Dakwah

sekadar renungan bersama : tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai umat islam walau dimana kita berada... :)

gambar ihsan dari mr.google dan belong en.nabil potter :)



Monday, March 12, 2012

Tahniah Mak & Ayah..

Alhamdulillah...Sekalung Tahniah diucapkan kepada Mak dan Ayah diatas pengurniaan pingat masing2..
Rezeki tahun 2012... 

Mak & ayah terima pingat masing2 di Istana Negeri Kedah oleh Pemangku Sultan Kedah pada tarikh dan waktu yang berbeza.. 
Kami anak-anak, menantu dan cucu sangat berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi..




buku istiadat



PCK -Pingat Cemerlang Kedah




super women kami



hero kami 


PKL - Pingat Khidmat Lama


 ruang istana kedah




 Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah



Betapa cepat masa berlalu, pada tahun 1984 saya baru berumur 3tahun, ayah teria pingat PCK, dah kini tahun 2012 sewaktu dah ada cucu, sekali lagi ayah telah berpeluang menerima pingat lagi.... 

 dulu dan kini


kerusi rotan ini, seusia dengan saya dan kini masih ada lagi... :)


dulu, ayah dukung anak, sekarang dukung cucu....


en.hafiz bersama ayah & mak : beliau adalah jurugambar tidak rasmi istana..hehe :p

Sabah Di Bawah Bayuuuu

Jalan-Jalan ke Sabah pulak...


kebetulan dan berbetulan.. ke Sabah dengan hajat besar.. Sebelum ni pun dah sampai ke Sungai Petani dengan hajat besar dan sekarang ke Sabah pula.. Alhamdulillah, semua urusan telah dipermudahkanNYA... :) 


Kesempatan ini diambil juga untuk membawa dania naik aeroplane.. kira 1st time la dania terbang...tq to tok ama & wan.. kalau tak ditaja, tak terbang lagi la dania..heheh


memang dania sangat suka dan teruja untuk pertama kalinya, tapi bila dah tukar2 flight, keterujaan itu makin kureng..huhu biasa la kanak2 la katakan..
Sabah memang best..banyak tempat cantik2... dikesempatan yang ada, sempat la juga kami berjalan2.. so tengok aje gambar yang ada untuk tatapan bersama.. :) 
cekidaut....


k.a.m.i


 Awan dania... :)

Pecaya atau tidak. Pn stewardess ni bagitau yang dia ada anak 5 orang.. huhu.. believe it ok.. 


 kedah jelapang padi




 dah start rasa boring la tu...



 :)


daddy daughter


suka



kan saya cakap, kat sabah ni banyak tempat yang cantik dan menarik... ni sebahagian view yang anda hanya boleh lihat ditepi jalan saja... malangnya saya tak pegi pun. wakilkan pada en.suami saja..haha


 semua kerana graviti??
salah satu tarikan baru di Sabah, kat Tamparuli rasanya.. semua binaan dalam keadaan terbalik.. Rumah Terbalik.. memang unik. so silalah datang ke Sabah :)

Kami ke Kundansang.. memamg cantik sangat.. bebaloi la panjat gunung malam2..huhu...


senyum everyone 


sebenarnya teringin nak shoot macam gambar pengantin2 sekarang, hahah ni ja yang mampu buat pun.. tapi pemandangan & view memang super terbaiklah..

ini cinta hati kami,pantang dihala camera, automatik bakat terpendamnya terus terkeluar..haha dania2.. ibu sangat kagum dengan kamu. Buka ibu ja, fotog2 yang lain pun... Dania pose tanpa arahan oleh sapa2. :)

alam ini (love this pic)

setelah berada disabah lebih kurang 4 hari, maka kami anggota rombongan pun bersedia untuk pulang... terima kasih orang sabah atas layanan yang diberikan... Insyallah kami datang lagi... :) 


selamat tinggal Sabah.. Insyallah nanti dania datang lagi.....



p/s: semua gambar adalah ihsan darien.suami dan en.hafiz : tq