Tuesday, April 12, 2011

Berkelah...

Berkelah dipantai yang indah
Bermacam acara digubah
Bermain lah berkawan-kawan
Bermandi kesukaan...

Ada yang lah  berlari-lari
Ada yang lah melompot2
Ada la yang mencari-cari
Ada yang cari tempat.....


back to nature... jom

itu adalah bait-bait lagu semasa zaman sekolah rendah.. lagu ni tekandung dalam buku teks muzik..darjah berapa tak ingat dah... lirik tu pun main ingat2 lupa.. kalau salah nanti tolong betulkan ya..hahah...

ok bebalik kepada cerita ..sebenarnya nak cerita tentang aktiviti yang dilakukan pada 2 hari cuti yang lalu.. kebiasaanya cuti2 ni saya akan balik hometown iaitu di alor setar tak pun di jitra.. tapi minggu lepas, kami sekeluarga tak pergi mana2..  duduk rumah saja.. buat aktiviti mengemas rumah... part luar, en.suami yg settlekan.. kiranya dah tak nampak hutan lalang kat belakang tu...tq yer abang.. :)
saya pulak mendobi la kerjanya.. kain bertimbun nak kena lipat.. pastu kerja mengemop dan lain2 tugas yang sewaktu dengannya...saja takmau senarai banyak2.. nanti nampak sangat rajin..haha ayat angkat bakol..


tanpa perancangan, pagi sabtu tu en.suami (memang suka buat kezutan yang tak diduga) mengajak kami pergi berkelah...tak prepare apa2 pun sebab dalam freezer memang takda apa2 bahan yg boleh dimasak..dah habis tumbuh-tumbuhan dan haiwan kat dalam tu... maka kami berpicnik dengan bekalan yang dibeli on the way ke tempat perkelahan..

gaya berkelah mesti ada, bawak tikaq, pinggan,mangkuk,cawan, surat khabar lama dan lain2 (tak ingat)..haha


 makan time.. (kenapa sengetkan kepala pun tak pasti)


 dania yang sangat teruja.. sanggup tak mau makan


 tengok muka boring dania yg tak sabaq nak main air.. sangat jelas kan..


 nasib guna jugak pelampung ni, penat ooo nak mengepam..huhu


 dah puas mandi, naik ke darat kena charge energy..haha

lokasi perkelahan tak jauh dari rumah.. lebih kurang 15km kot...Lata Mengkuang, air sungai ni sejuk, kalau ikutkan nak jugak mandi..tapi rasa malas la pulak nak tukar2 baju... ingat lain kali kena naik moto datang sini.. lepas mandi, start moto terus balik..kering terus hahaha... 



3 comments:

  1. ayaq dalam dak kat sini? port kuak lentang ada dak?? mcm best ni.. lepas mandi sejuk2 pekena plak nasi minyak ngn ayam merah.. perghh.... kena p jugak ni.. takpa cuti panjang dok ada pasni.

    ReplyDelete
  2. ayaq kat belah tebing tu dalam la jugak..boleh aja mai mandi... bawak sleeping bag pun best jugak..hahah.. ayah dania nak pi beli khemah pengakap, bila nak pi lagi pun tak tau la.. ;p

    ReplyDelete
  3. Ada yang lah berlari-lari, ada yang lah menari, ada yang lah melompat-lompat, ada yang cari tempat.... Kalau tak silap la liriknya begitu.

    ReplyDelete