Tuesday, June 7, 2011

Cinta Pantai Merdeka

ini cerita sebulan yg lalu... uhukuhuk..baru harini boleh post.. dok dalam draf punya la lama..
semua gambar2 yang ada adalah hasil tangkapan oleh : en.suami... tq.. :)

"ku ukirnama mu diawan gunung jerai
bersaksikan danu-daun niur melambai
jauh pandangan permai disitu tanjung dawai
terkenang peristiwa cinta kita terurai
oh indahnya... peristiwa...
cinta kita dipantai merdeka...."

dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki di pantai merdeka.. sangat berbeza dari 4 tahun yg lalu semasa saya pergi (urusan kerja).. 1st time dania sampai kat sini.. sebenarnya memang ada dalam perancangan nak ke pantai merdeka bulan lepas, tertangguh2 akhirnya, sampai jugak...

bercuti time org bekerja memang selesa... tapi kena korbankan cuti la.. rasanya tempat tu di conquer kami bertiga..haha.. kat pool site tu pun hanya kami bertiga jugak yg ada..

 pemandangan di pantai merdeka


(^________^)


pantai merdeka

aktiviti petang, kami bertiga ke pulau sayak.. misi mencari mee udang.. banyak kedai mee udang tapi kena pandai2 pilih la.. kami membuat percaturan dengan mengandaikan kedai mana yg banyak kereta, kedai tu la yg sedap... not bad la rasa mee udang kedai yg kami singgah tu... sedap lagi mee kat kuala sepetang....ngeee..


mee udang RM7 sepinggan



dok geram tengok air laut

lokasi sangat best sebab ada pasir dan makan berfacingkan laut... layan... tapi dania pun layan jugak, dia tak layan mee tapi dia layan pasiaq... siap buka2 kasut lagi.. punya la teruja nak main pasiaq.. habis kakitangan.. nasib tak guling2.. kalau dak kena pinjam toilet makcik kat situ la bagi mandi dulu... hahaha...
malamnya lepak kat bilik saja...

esok pagi2 kami nak berjalan2 kat pantai la kunun2.. sekali hujan daaa.. apa boleh buat.... lariiiii dari hujan..agak reda skit, mandi kolam la.. takdak orang... ambik kesempatan la.. bila lagi kan..;)


dania in red



kami bertiga

siap mandi manda, kami pun berkemas2 nak meninggalkan pantai merdeka... 
on the way nak meneruskan perjalanan, dania tergolek kat dalam kereta..biasa la kanak2.. tapi kali ni dia jatuh agak teruk..benjoi kepala dania terkena besi seat kereta..kesian dania...:(

dah alang2 nak berjalan, singgah la kat area kuala muda.. kat kampung tepi sungai, dimana aktiviti nelayan menurunkan hasil sedang rancak berjalan... uniknya disini, urusniaga dijalankan secara berbisik.. sikit2 tak jual, mau angkat raga a'aa.. haha..

suasana di tempat jualan..



bekas tidak disediakan, kena bawak sendiri selepas ikan itu menjadi milik kita


saya dah 2 kali sampai kat sini, en.suami & dania 1st time sampai... 
dan kami sepat makan tengah hari kat situ.. teh ais yg sangat marvelous dan disajikan bersama gulai ikan dan ikan bakar yg fresh dari laut... yummmy...


aktiviti disini.. 
(credit to en.suami) i like this pic very much


lepas selesai makan tengah hari, kami pun bergerak pulang....


monument memperingati kejadian tsunami

en.suami sempat snap gambar ni...
semasa tsunami melanda pada 26 Disember 2004, sebahagian dari kawasan disini turut terkena.. 
perahu-perahu ini adalah kesan daripada tsunami dan bukannya disusun.. 
Kuasa Allah...



1 comment: