Sekadar renungan...
manusia memang tidak puas bertanya....itulah lumrah..
perhimpunan pagi tadi, boss kat office berkongsi cerita, melaui apa yang didengar di Radio Ikim..dan diringkaskan untuk dikongsi bersama...
Kisah Lukmanul Hakim dan anaknya
mengembara menaiki keldai..Satu perjalanan yang agak panjang...
Lukman menyuruh anaknya menunggang keldai dan sebaliknya beliau berjalan.. Tiba di suatu kampung, orang berkata "sanggup seorang anak membiarkan bapanya berjalan, sedangkan dia bersenang2 menuggang keldai"
Lalu, bagi meneruskan perjalanan seterusnya, Lukman pula yang menunggang keldai dan anaknya berjalan..Tiba di satu Kampung yang lain, mereka juga ditanya, "apalah nasib seorang anak, dapat bapa yang hanya mementingkan diri sendir".. Lukman segera turun dan kali ini beliau dan anaknya menunggang keldai bersama2..
Tibalah mereka ke sebuah kampung, tiba2 mereka disapa oleh penduduk kampung dan berkata "tak berperikemanusiaan langsungkah kamu berdua? sanggup menunggang keldai yang kecil ini...?
Mereka berdua pun, membuat keputusan dengan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki tanpa sesiapa seorang pun yang menunggang keldai...
dan mereka tiba di satu kampung yang lain, mereka turut disoal, mengapa mereka tidak menunggang sahaja keldai yang ada?? lalu mereka meneruskan perjalanan mereka
begitulah kisah dalam kehidupan seharian kita...
"WALAU APAPUN YANG ENGKAU LAKUKAN, ENGKAU TAK AKAN TERLEPAS DARI PERHATIAN DAN PANDANGAN MEREKA. Tidak menjadi soal apakah tanggapan dan sikap mereka benar atau salah, mereka tetap akan mengatakannya.”
Ingatlah anakku BILA ENGKAU TELAH BERTEMU KEBENARAN, JANGANLAH ENGKAU BERUBAH HATI HANYA KERANA MENDENGAR KATA-KATA ORANG LAIN. YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI DAN GANTUNGKAN HARAPANMU KEPADA ALLAH.” Lukmanul Hakmi
Renung-renungkan...
sekadar nak berkongsi, tu mcm perangai orang yahudi. Yahudi memang mcmtu. depa tidak akan senang dengan apa yg dilakukan umat islam. Allah swt sendiri telah mengherdik kaum yahudi dengan menggelar mereka-mereka ini dengan "orang-orang yg bodoh" dlm surah al-Baqarah ayat ke 142. Ini kerana kita buat A, depa akan akan kita kita salah pastu kita plak buat B, salah jugak, C pn salah.. sebab mereka tidak akan sesekali senang dengan kita.. walallahualam.
ReplyDelete-kalau ada salah mintak dibetulkan-
semoga kita dijauhkan dari kaum yang dilaknat Allah itu..
ReplyDelete