Wednesday, March 23, 2011

Penang kami mai lagi..

Dah lama plan nak bawak dania jalan2.. maka pada 4 Mac yang lalu, kami bertolak ke Pulau Mutiara.. tak jauh punn..haha.. saja nak bagi dania mandi kolam.. asal tengok pelampung ja, tanya bila nak mandi kolam...

check in kat Naza Talya Hotel,ok jugak.. booking online dapat murah skit dari walk in.. :)
ni gambar dania yang sedang asyik mandi.. kalau panggil naik time ni, jangan harapla..


dania suka mandi kolam

lepas mandi kolam, request nak mandi laut pulak.. haih macam2 la cik Dania ni.. pastu turun la kat pantai tu, dia pun main la pasir.. siap tanam2 kaki la, taman badan la, tangan la..macam2 dia buat.. yg ayahnya dok ambek gambar bebudak kat situ main skate boarding.. ralit tengok..gambar memang malatop.. :)

aksi 1


aksi 2


aksi 3


budak pulau
Amaran : jangan tiru aksi2 diatas sekiranya anda hanya perenang2 tidak mahir...hehe...

adik2 yang main skate boarding ni semuanya remaja2 lagi... ada yg beginner dan ada yg dah nampak "belang"
bukan murah yer kos mainan ni, board tu serendah RM200 hingga ribuan ringgit.. bergantung pada jenis material yg digunakan. Ntah berapa lama adik2 tu menabung nak beli board tu pun tak tau la....

ok, tamat cerita skate boarding, sambung cerita pasal toys museum pulak... Tahukah anda bahawa di Tanjung Bungah Pulau Pinang terdapat sebuah toys museum yang terbesar di dunia?? ya terbesar di donia ok.. itu yang ditulis kat sing boad...
ni ada sikit sebanyak gambar untuk di share.. kepada peminat toys, memang berbaloi masuk sini.. tapi yang tak minat, agak rugi la sebab tiket beharga RM10 per entry.. kanank2 yg berumur 7thn keatas (x sure) kena bayar separuh harga. Dania tak kena bayar sebab uncle tu cakap dia baby lagi.. baby lagi ka dania? ya baby..hahah..

En. suami adalah orang yang sangat suka kat tempat ni, lama betui dia dok belek & ambik gambar...ni adalah sikit koleksi gambar yg diambil oleh beliau. Nak letak banyakpun saya tak berapa kenal ngan karektor2 katun tu.. saya kenai satu dua jenis saja... saya letak la gambo katun yg saya suka..hehe..
bekenalan dulu dengan tuan penjaga muzium ;p


dania takut dengan toys yg besar2


dania hanya suka kat area ni saja, tempat ain x mau pi


cik baju merah


thumberlina

boleh dikatakan hampir 1jam setengah kami kat dalam ni.. lama tu.. sebab ada orang masuk tak sampai 15 minit dah keluar..nama pun muzium, hanya dipamerkan sahaja dan segala toys yg ada dalam ni tak dijual.. maka kanak2 sekalian yang datang dok melangut saja la. Dalam hati ibu bapa mereka berkata "selamat duit aku" hahaha
dan..dan.. disebabkan lama dok menapak dalam ni, maka dania nur arissa pun tertido...

letih sangat dah ni...

lepas keluar dari muzium ni, ronda india street (bukan ronda, tapi tersilap jalan) kahkahkah terus naik feri balik ke darat...berhenti solat kat masjid seberang jaya, singga tesko beli apa? lupa dah pastu gerak balik kerana esok hari kami kerja.. :)
itulah percutian kami ke penang island... tak makan nasi kandaq pun.. :(


2 comments:

  1. mcm best saja p sana.. kena masuk dalam salah satu destinasi budget ni.. dah lama ngidam nk p jalan2 ngn geng2 sementara masih bergelar bujang.. hahaha.. tp nampak gaya mcm dah takda masa..adooiii.. adakah destinasi yg dilawati "value for money"?

    ReplyDelete
  2. yahahaa.. sudah semestinya VFM.. itukan tag line mr.amirul...;p
    apa barang duduk penang tak sampai muzium ni.. kata pi bukak jalan kat sini.. haha..
    ambilah kesempatan selagi ada.. nanti rugi ooo..nak kena main salji saja.. :)

    ReplyDelete