Wednesday, June 22, 2011

Welcome Africa!!...

cerita bulan mei jugak yer...haha (macam mana nak mendisiplinkan diri pun tak tak daa)
bulan Mei dimana pertukaran bos lama saya ke tempat baru dan kami menerima bos baru... :)

detik terakhir dengan bos lama

Welcome New Boss... (^____^)
bulan mei juga merupakan bulan yg sangat2 sebok..sampai ke hari ni pun masih dok sebok lagi...uhukkk


okla, bercerita pulak tentang tajuk atas.. Welcome Africa! 
sebenarnya, ada lawatan dari Malaysia Technical Cooperation Program / Third Country Technical Program (MTCP/ TCTP) yg diterajui oleh JICA.. 
office saya merupakan salah satu tempat lawatan mereka ke sini..maka bertuskuslumuslah kami di sini membuat persiapan....seramai 17 orang peserta yg terdiri dari Kenya, Malawi, Nigeria, Sudan, Uganda & Zambia.. 
selamat datang!!


Lawatan mereka ke sini adalah nak mengeratkan lagi hubungan diplomatik yg sedia ada, perkongsian maklumat dan lain lagi..haha dah macam menulis report lawatan la pulak..
ohh bercerita tentang report, saya telah ditugaskan oleh bos untuk menginterview dikalangan peserta lawatan.. apakah..apakah.. kenapa saya??? ohh sungguh terharu sebenarnya..hahah.. (sebenarnya tak berapa minat pong! ) 


sedang menginterview

Bos cakap..tanya la apa yg saya nak, asalkan interview ni dipublishkan kat majalah nanti.. (editor ke saya ni?)
Baaeekkk bosss... :)
maka berkarang lah saya berkajang2 soalan..(tapi tak tanya pun soalan2 yg dikarang tu) nebesss la katakan.. hahah maklumla, nak kena speaking London ni.. faham2 la kan.. dah lama tak mengamalkannya :P

Alhamdulillah, lawatan mereka pun berjalan lancar dan mereka semua sangat sukakan Malaysia.. 
mereka suka dengan pembangunan malaysia, mereka sukakan layanan kita, suka dengan keramahan kita, mereka suka makanan kita juga...:)
buktinya, mereka nak balik tanam rambutan kat tempat mereka... berebut2 nak ambik biji rambutan utk buat benih...emmm bagus2.. semoga pokok mereka dapat membesar... :) 




menu malaysia





(*_^)


:)

semoga jumpa lagi... :)
harap2 ada la peluang nak pergi rasa buah rambutan nanti..haha 

No comments:

Post a Comment